Pengecualian Duti Setem (Stamp Duty) Untuk Pembeli Rumah Pertama Tahun 2021.

🏠 KHAS UNTUK PEMBELI RUMAH PERTAMA! 🏠
.
βœ… Kerajaan secara rasmi telah memberikan pengecualian pembayaran duti setem untuk pembelian rumah pertama.
.
βœ… Pengecualian ini untuk suratcara pindahmilik & untuk perjanjian pinjaman perumahan oleh pembeli individu.
.
βœ… Individu ini maksudnya seorang pembeli warganegara Malaysia dan bukan syarikat.
.
βœ… Pengecualian ini untuk satu unit harta kediaman bernilai tak lebih RM500,000 (Berdasarkan nilai pasaran).
.
βœ… Harta kediaman ini maksudnya suatu unit rumah, kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa, untuk digunakan sebagai rumah kediaman.

**Update 13 Mac 2021: Harta kediaman ini bermakna unit-unit strata berstatus komersial seperti Serviced Residence, SOHO, SOVO dan sebagainya tidak menerima pengecualian duti stem ini. Jadi penting untuk pembeli rumah pertama memeriksa status unit yang ingin dibeli. Tanya soalan ini pada tuan rumah & ejen anda! Anda berhak untuk tahu samada ia berstatus Residential atau Commercial sebelum anda buat keputusan untuk membeli!
.
βœ… Perjanjian Jual Beli (S&P) disempurnakan pada atau selepas 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2025.
.
βœ… Pembeli tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk yang dapat secara perwarisan, hadiah pemberian (daripada ibu bapa contohnya), sama ada dipegang secara individu atau bersama (Banyak nama seperti atas nama adik beradik & suami isteri).
.
βœ… Kedua-dua pengecualian duti setem untuk suratcara pindahmilik dan perjanjian pinjaman ini hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun yang mengesahkan pembeli ini tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman samada secara individu atau bersama.
.
βœ… Ada masa 5 tahun sehingga 31 Disember 2025 untuk pembeli rumah pertama ambil peluang untuk jimatkan kos bila nak beli rumah pertama.
.
βœ… Contoh maksimum; boleh jimat duti stem suratcara pindahmilik RM9,000 kalau beli rumah berharga RM500,000.
Untuk duti stem perjanjian pinjaman boleh jimat RM2,500 kalau beli rumah berharga RM500,000.
.
βœ… Total RM11,500 boleh jimat kalau ambil peluang ini.
Dan sama juga kalau beli rumah harga bawah RM500,000. Masih akan dapat pengecualian ini ikut kiraan duti setem mengikut harga rumah yang dibeli.
.
βœ… Pengecualian ini terpakai untuk pembelian rumah kediaman daripada pemaju & juga pembelian rumah subsale.
.
βœ… Jadi, adakah ini waktu yang paling sesuai untuk beli rumah?
.
βœ… Jawapannya, tepuk dada & lihat keadaan kewangan masing-masing. Ada yang gaji tidak terjejas suami & isteri. Gaji berjalan seperti biasa. Ada yang berniaga online contohnya, menjadi-jadi pendapatan yang dapat sekarang ini. Jadi kedudukan kewangan cukup kuat untuk beli rumah dalam masa sekarang.
.
βœ… Kalau dilihat daripada perspektif kadar keuntungan / interest pinjaman perumahan yang sekarang ini rendah, pengecualian duti setem yang kerajaan bagi ini dan dengan keadaan pasaran yang buat masa ini lebih kepada buyer’s market (Ramai pemilik nak jual rumah berbanding bilangan pembeli yang mampu), jadi mungkin ini masa yang sesuai. Anda ada banyak pilihan rumah yang pemilik nak jual & ada kemungkinan untuk dapat harga yang menarik dan di bawah harga pasaran!
.
βœ… Tetapi hujung pangkalnya, bergantung kepada kedudukan kewangan & matlamat kewangan masing-masing.
.
βœ… Mudah-mudahan dipermudahkan urusan pencarian mencari rumah pertama anda!
.
Shafiq Rahman.
Perunding Hartanah Berdaftar.
REN21735.
MN Associates (KL) Sdn. Bhd.
.

Anda pembeli sedang mencari rumah pertama? Klik www.shafiqr.com

Anda pemilik rumah merancang nak jual rumah anda? Klik http://wa.me/601156488149/

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: