Panduan & Cara Menjual Rumah

Jika anda sebagai pemilik rumah ingin menjual rumah anda, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat pembeli.

Image by Freepik.

Berikut beberapa saranan yang dapat membantu pemilik rumah menjual rumah dengan lancar:

  1. Semak harga pasaran terkini rumah anda. Harga jualan yang mengikut harga pasaran atau harga di bawah harga pasaran semestinya akan dapat menarik minat pembeli. Kalau pemilik jual rumah lebih harga pasaran tanpa semak harga terkini pasaran semasa, pembeli pun tidak berminat kerana bank hanya bagi pinjaman perumahan ikut harga pasaran terkini.
  2. Bersihkan rumah, baiki apa yang perlu dan hias rumah sebaik & yang termampu. Rumah yang berkeadaan baik, tiada kerosakan, bersih, kemas, dan rapi dengan hiasan yang menarik akan banyak membantu menarik minat pembeli rumah. Semua orang sukakan rumah yang bersih & terjaga baik, betul tak? Tetapi, kalau atas faktor masa & kos yang terlibat, mungkin boleh dirunding dengan pembeli untuk baiki sendiri & dikurangkan sedikit harga rumahnya. Win-win situation untuk kedua belah pihak.
  3. Kumpulkan dan pastikan semua dokumen penting rumah lengkap dan dalam keadaan baik. Dokumen-dokumen ini adalah Perjanjian Jual Beli (S&P atau SPA), geran atau dokumen hakmilik, Perjanjian Pinjaman Bank, Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil Elektrik, Bil Air dan sebagainya. Jika ada peluang, scan & simpan salinan sebagai PDF untuk dijadikan backup. Dokumen-dokumen ini semua diperlukan untuk proses jual beli nanti dan perlu diserahkan kepada peguam. Dokumen yang tidak lengkap boleh menyebabkan proses jual beli lebih lama daripada biasa dan menaikkan bayaran peguam atas proses tambahan yang perlu dilakukan untuk melengkapkan dokumen yang tiada atau hilang.
  4. Gambar rumah yang berkeadaan baik & bersih amat penting. Sebelum pembeli nak tengok rumah, sudah semestinya pembeli nak tengok gambar dahulu. Ini paling asas tapi antara yang paling penting. Pembeli tak mahu memandu pergi tengok rumah yang mungkin dibelinya tapi bila dilihat, rupa-rupanya rumah itu tidak menepati kehendak atau keperluannya. Jadi gambar memainkan peranan penting sebagai gambaran awal keadaan rumah, susun atur bilik, ruang tamu, dapur dan suasana rumah yang dicari pembeli. Jadi kalau gambar yang diambil tidak cantik & tidak menarik minat bakal pembeli, memang mencabar untuk mencari pembeli yang berminat untuk beli rumah anda.
  5. Dapatkan khidmat ejen hartanah atau perunding hartanah berdaftar untuk membantu anda menjual rumah anda. Saranan ini boleh dipertimbangkan kerana perunding hartanah boleh membantu pemilik untuk semak harga pasaran rumah yang terkini, mencadangkan harga yang bersesuaian, memastikan dokumen yang lengkap dan mengambil gambar rumah anda sebaik yang mungkin. Perunding-perunding hartanah akan memastikan gambar yang diambil terang, jelas dan semua sudut ruang rumah diambil dengan lengkap. Ada juga perunding hartanah yang menggunakan kamera yang lebih baik daripada telefon bimbit contohnya kamera DSLR dengan lensa khas, kamera 360 darjah & drone untuk dapatkan gambar serta video yang paling baik dan cantik.
  6. Perunding hartanah juga mempunyai akses kepada banyak portal hartanah online yang berbayar khas untuk mengiklankan dan seterusnya menjual rumah pemilik. Jadi, peluang untuk menjual rumah anda lebih tinggi. Yang paling penting, perunding hartanah mempunyai networking dan kenalan-kenalan di pelbagai agensi dan dengan ini, maklumat tentang rumah pemilik yang ingin dijual ini boleh disebarkan dan dapat disampaikan kepada pembeli sedia ada yang mencari rumah di tempat yang sama. Potensi untuk menjual rumah dengan cepat itu sangat tinggi.
Contoh Gambar Apartment Yang Cantik, Kemas, Terang & Jelas.

Khidmat semakan harga pasaran, fotografi rumahnya dan pengiklanan yang perunding hartanah sediakan ini tidak perlu dibayar oleh pemilik sehinggalah ada pembeli yang bersesuaian. Ini penting, jadi pemilik tidak perlu risau untuk keluarkan kos di peringkat awal. Fi agensi (Yang termasuk fi perunding hartanah) ini hanya dikenakan selepas pembeli dan penjual tandatangan Perjanjian Jual Beli.

Pendek kata, pembeli dah confirmed beli rumah itu dengan tandatangan S&P barulah fi agensi dibayar. Dan fi agensi ini adalah berdasarkan harga rumah yang dijual mengikut kiraan tertentu dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa (LPPEH).

Perunding hartanah berdaftar juga sudah biasa dan mahir dengan selok belok proses jual beli rumah dan sedia dengan solusi yang ada jika timbul sebarang masalah dalam proses jual beli rumah. Jadi pemilik tidak perlu risau untuk dapatkan khidmat perunding hartanah berdaftar.

Mudah-mudahan perkongsian cara-cara menjual rumah ini membantu pemilik untuk menjual rumah dengan lancar.

Image by Freepik.

Anda pemilik dan perlukan khidmat perunding hartanah untuk bantu jualkan rumah atau hartanah anda? Boleh hubungi saya, Shafiq Rahman di 011 5648 8149. Saya merupakan Perunding Hartanah Berdaftar (REN21735) di MN Associates (KL) Sdn Bhd dan saya akan bantu dari awal proses jualan hingga akhir, insyaAllah.

Shafiq Rahman REN21735. MN Associates (KL) Sdn Bhd.
Shafiq Rahman. REN21735.
MN Associates (KL) Sdn. Bhd.

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a comment