Layari website @ laman sesewang Ebayar di Portal MPKj ini untuk buat semakan cukai taksiran bagi harta kediaman yang berada di Kajang:
https://ebayar.mpkj.gov.my/ebayar

Anda boleh buat semakan & bayaran untuk cukai taksiran, kompaun dan untuk cetakan semula resit bayaran yang pernah dibuat sebelum ini.

Anda tidak perlu login atau membuat pendaftaran akaun baharu untuk membuat apa-apa semakan & bayaran. Hanya masukkan nombor akaun cukai taksiran rumah anda, nombor kad pengenalan atau nombor kenderaan sahaja untuk semakan kompaun.
Bayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit. Setelah bayaran dibuat, pastikan anda simpan resit bayaran dalam bentuk PDF atau screenshot untuk rujukan di masa hadapan.
*Tips: Gunakan Google Drive (15 GB percuma bagi setiap akaun Gmail yang kita ada) atau pun OneDrive (Berbayar & ada storage sehingga 1 Tb). Anda boleh susun mengikut folder yang boleh disusun dengan teratur untuk semua dokumen kita yang boleh disimpan untuk jangka masa panjang & boleh diakses pada bila-bila masa menggunakan telefon bimbit kita.
*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan. Like & kongsikan kepada rakan anda jika maklumat ini mungkin membantu mereka.