Jawapannya BOLEH.
Contoh: Tempoh pinjaman perumahan En. Karim adalah selama 30 tahun dan perlindungan MRTT nya juga adalah selama 30 tahun. Baru saja masuk tahun ke 10, En. Karim membuat keputusan untuk menjual rumahnya.
Ini bermakna masih ada baki 20 tahun lagi perlindungan MRTT untuk pinjaman perumahan En. Karim. Apa yang En. Karim perlu buat adalah untuk berhubung dengan pihak bank pinjaman perumahannya (Contohnya Maybank) atau takaful operator MRTT nya (Contohnya Takaful Malaysia) dan surrender MRTT nya untuk mendapatkan kembali lebihan tunai baki perlindungan 20 tahun yang masih belum tamat itu.
Kebiasaannya salinan dokumen yang perlu adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Surat pengesahan daripada bank peminjam yang pinjaman perumahan dah diselesaikan (1st Disbursement sudah dibuat).
En. Ahmad juga perlu mengisi borang untuk surrender MRTT nya itu. Takaful operatornya akan maklumkan berapa surrender value yang ada untuk dipulangkan kepada En. Ahmad.
Sebaiknya, pemilik rumah yang menjual rumah perlu hubungi pihak bank / takaful operatornya sebelum buat apa-apa proses surrender MRTT ini kerana ada juga berlaku, tempoh perlindungan MRTT adalah lebih singkat daripada tempoh pinjaman.
Ini boleh berlaku jika semasa membeli rumah tersebut, pemilik tidak membayar jumlah premium MRTT yang melindungi keseluruhan tempoh pinjaman perumahan.
Contohnya, tempoh pinjaman adalah 30 tahun, tetapi tempoh perlindungan MRTT nya hanya untuk tempoh 18 tahun pertama pinjaman perumahan itu sahaja. Maknanya ada lagi baki 12 tahun yang tiada perlindungan MRTT (30 tahun – 18 tahun = 12 tahun tiada MRTT).
Jadi, bila rumahnya dijual pada tahun ke 20 pinjaman perumahan sudah berjalan, sudah 2 tahun tiada perlindungan MRTT kerana sudah tamat tempoh perlindungan. Maka, jika pemilik hendak surrender MRTT pun tiada surrender value yang boleh dipulangkan kepada pemilik.
Maklumat tambahan:
Maklumat tentang berapa lama tempoh pinjaman perumahan & tempoh perlindungan MRTT / MRTA ini boleh didapati di dalam dokumen pinjaman perumahan pemilik rumah.
Seeloknya, rujuk semula pada dokumen pinjaman ini & catat dimana-mana yang senang hendak dirujuk semula. Andaikata suatu hari nanti anda merancang untuk menjual rumah anda, anda boleh gunakan peluang ini untuk mendapatkan semula surrender value MRTT / MRTA anda.
Lagipun, ianya adalah duit anda dan ianya adalah hak anda sebagai pengguna & pemilik rumah!
Like, follow dan kongsikan post ini dengan rakan-rakan & keluarga anda. Mana tahu ia akan membantu rakan-rakan & keluarga yang lain juga =)
*Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT): Produk Takaful Patuh Syariah untuk peminjam perumahan.
*Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA): Produk Insurans Konvensional & Tidak Patuh Syariah untuk peminjam perumahan.
*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan. Kita kongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan semua.
Anda pemilik rumah yang sedang merancang untuk menjual rumah anda? Biar kami bantu anda untuk uruskan semuanya dari A – Z. Hubungi kami di 011 5648 8149 atau klik http://wa.me/601156488149
Assalamualaikum…sya nk tnya tdi sya Dan suami pgi bank…bertanyakan pasal MRTA sbb suami jual rumah Dan loan pun dh satel pd 2017…. pihak bank bkata MRTA telah dilupuskan…???
LikeLike
Mungkin coverage dah tamat atau mungkin juga polisi ada terma & syarat menyatakan MRTA nya tamat apabila rumah dijual atau buat pembayaran penuh pembiayaan rumahnya. Kena rujuk pada bank apa maksudnya dilupuskan.
LikeLike
Salam tuan..rumah saya telah buat full settelment pada tahun 2018..tetapi tidak claim mrtt sbb tak tahu..boleh kah tuntut skrg..
LikeLike
Wslam. Saya cadangkan hubungi syarikat yang sediakan MRTT tersebut untuk confirmkan samada masih ada coverage atau tidak & boleh tak buat tuntutan.
LikeLike
Asslamualaikum
Tuan saya nak bertanya kalau Aggreemet surat beli rumah saya dari bank saya tiada lagi
Macamana nak dapat kan semula untuk claim MRTA
LikeLike
Wa’alaikumussalam wbt. Tuan boleh cuba hubungi semula bank untuk dapatkan salinan dokumen pinjaman tuan. Kebiasaannya, bank mungkin akan kenakan sedikit bayaran untuk dapatkan dokumen tersebut.
LikeLike
Salam,mcm mana kalau rumah sebelum ni loan dgn bank mbsb kemudian tukar kpd Bank muamalat,bolehkah kita claim mrtt dgn bank yg sebelum ni?
LikeLike
Wa’alaikumussalam wbt. Saya rasa mungkin tuan buat refinance maka full settlement di MBSB untuk pinjaman sebelum ini. Saya cadangkan tuan hubungi terus MBSB dan dapatkan maklumat lanjut daripada MBSB samada coverage masih ada dan boleh buat claim atau tidak.
LikeLike
Assalam.tuan..saya dh jual rumah lbh kurang 7 thn..masih boleh tuntut ke baki insyuran rumah.
LikeLike
Wa’alaikumussalam tuan. Sebaiknya tuan hubungi semula syarikat takaful tersebut untuk dapatkan maklumat ada coverage lagi atau tidak. Ada pemilik yang dapat buat tuntutan sebab masih ada coverage walaupun dah jual agak lama.
LikeLike
Tuan kalau tak keberatan boleh share cara kira MRTT value surrender. Maksud berapa byk tuntutan boleh dibuat. Boleh share di email saya. Terima kasih
LikeLike
Assalamu’alaikum & selamat tengahari. Untuk cara kiraan & berapa banyak tuntutan yang boleh dibuat setelah surrender MRTT, pemilik rumah boleh hubungi terus pihak takaful MRTT untuk dapatkan maklumat ini kerana ia berkait rapat dengan berapa tahun coverage yang masih ada & berapa nilai coverate MRTT pinjaman perumahan tuan.
Sekiranya pinjaman perumahan adalah dengan LPPSA, maklumat ini boleh diperolehi daripada pihak LPPSA. Semoga dipermudahkan urusan tuan.
LikeLike