Boleh Ke Kita Jual Rumah Kita Tapi Kita Masih Tinggal Dalam Rumah Itu?

Jawapannya, boleh.

Kunci rumah hanya akan diserahkan kepada pembeli selepas semua pembayaran telah selesai. Maksudnya, selepas bank pembeli buat penyelesaian baki hutang pinjaman perumahan pemilik & selepas bank pembeli bayar baki hasil jualan rumah pemilik, barulah kunci perlu diserahkan kepada pemilik yang baru.

Kebiasannya, selepas bank pembeli dah buat pembayaran baki hasil jualan rumah pemilik kepada peguam pemilik, pemilik perlu serahkan kunci kepada pembeli dalam masa berapa hari seperti yang telah ditetapkan di dalam perjanjian jual beli dengan pembeli. Selalunya dalam tempoh beberapa hari bekerja.

Tempoh keseluruhan proses jual beli pula bergantung kepada beberapa perkara termasuk samada rumah berstatus Freehold atau Leasehold. Proses menjual rumah Freehold lebih singkat berbanding rumah berstatus Leasehold.

Jadi adalah terbaik untuk pemilik sentiasa berhubung dengan peguam atau ejen yang menguruskan proses jual beli rumah anda. Peguam dan ejen selalunya akan dapat buat anggaran tarikh bila kunci rumah perlu diserahkan kepada pembeli.

Jadi, sebelum tarikh itu, pemilik boleh keluar rumah, kosongkan rumah ikut perjanjian jual beli (Barang apa yang tinggal atau dijual sekali) dan serahkan kunci kepada ejen atau peguam untuk diserahkan kepada pemilik rumahnya yang baru.

Harus diingat, kalau pemilik terlambat serahkan kunci ikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan, pembeli ada hak untuk mengenakan denda kepada pemilik kerana lambat menyerahkan kunci. Maklumat tentang denda ini ada di dalam perjanjian jual beli & ianya dikira mengikut hari.

Jadi jangan berlengah & rancang dengan baik bila anda nak berpindah keluar, nak kosongkan rumah & bila hendak serahkan kunci. Insyallah semuanya akan berjalan lancar & dapat mengelakkan sebarang denda dikenakan.

Nota:

Ada ke mana-mana pemilik rumah yang nak dapatkan market value atau harga pasaran semasa rumah yang nak dijual? Boleh hubungi kami di 011 5648 8149 & kami boleh dapatkan harga terkini pasaran rumah anda. Servis ini adalah percuma!

Kalau nak bantuan kami untuk uruskan proses jualan beli rumah anda pun boleh. Kami uruskan dari mula sampai selesai semuanya, insyaAllah. Khidmat peguam boleh disediakan jika perlu =)

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: