Apa Syarat-Syarat Nak Beli Rumah Kos Rendah?

Post kali ini kita fokuskan syarat-syarat untuk pembeli rumah kos rendah di Negeri Selangor.

Rumah kos rendah secara asasnya dibuat untuk memberi peluang kepada pembeli dalam kategori tertentu untuk memiliki rumah sendiri. Harga rumah kos rendah ini boleh dikatakan dalam kategori memang mampu milik. Kalau tak diletakkan syarat-syarat tertentu, nanti habis pula dibeli semua orang samada B40, M40 atau mungkin juga ada T20 yang beli untuk dibuat pelaburan.

Jom kita tengok apa syarat-syaratnya:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Satu keluarga, satu permohonan sahaja – Ini bermakna hanya boleh beli satu sahaja rumah kos rendah di Selangor dalam satu keluarga. Kalau suami dah pernah daftar / memohon / membeli rumah kos rendah, permohonan membeli rumah kos rendah yang dibuat si isteri tidak akan diluluskan. Begitu juga sebaliknya.
  4. Rumah pertama – Samada anda bujang atau dah berkahwin, kalau suami atau isteri sudah memiliki rumah di Selangor atas satu nama suami atau isteri sahaja, permohonan anda untuk membeli rumah kos rendah tidak akan diluluskan walaupun anda bercadang untuk menggunakan nama anda sahaja untuk beli rumah kos rendah itu.
  5. Pembeli tidak memiliki rumah di Negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang – Kalau sebelum ini anda dah pernah beli sebuah rumah di Negeri Selangor atau Lembah Klang, permohonan anda untuk membeli rumah kos rendah tidak akan diluluskan. Tetapi, andaikata anda pernah membeli rumah di negeri lain contohnya Melaka, insyaAllah tiada masalah untuk membeli rumah kos rendah di Selangor.
  6. Pembeli atau pasangan hendaklah menetap atau bekerja dalam negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang – Ada juga situasinya, pembeli menyewa rumah di Nilai tetapi bekerja di Putrajaya. Pembeli ini boleh beli satu rumah kos rendah di Selangor kerana beliau bekerja di Selangor dan hanya menyewa di Nilai, Negeri Sembilan.
  7. Mengikut syarat pendapatan seisi rumah yang ditetapkan – Seisi rumah ini maksudnya, kalau anda bujang, ia akan dikira jumlah keseluruhan pendapatan anda samada anda bekerja sendiri atau dalam slip gaji jika anda bekerja dengan majikan. Kalau dah berkahwin, pendapatan seisi rumah ini maksudnya jumlah pendapatan anda suami dan isteri (Samada bekerja sendiri atau berpendapatan tetap).
Bil.Julat Harga Pasaran RumahHad Pendapatan Isi Rumah Dibenarkan
1. RM100,000.00 dan ke bawahRM5,000
2.RM100,001.00 – RM250,000.00RM7,000
3.RM250,001.00 – RM300,000.00RM9,000
4.RM300,001.00 dan ke atasRM10,000
Syarat had pendapatan seisi rumah mengikut julat harga pasaran rumah kos rendah yang hendak dibeli.

SOALAN:

Ada yang bertanya permohonan beli rumah kos rendah ni lain ke caranya dengan beli rumah subsale biasa dengan pemilik rumah sedia ada?

JAWAPAN:

Sama saja secara asasnya. Bezanya adalah ada satu langkah tambahan perlu dilakukan dalam proses jual beli iaitu satu permohonan kebenaran perlu dihantar kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk pembeli membeli rumah kos rendah itu.

Ada dokumen-dokumen yang perlu pembeli sediakan dan diserahkan kepada LPHS dalam permohonan itu. Kebiasaanya, peguam yang akan uruskan proses permohonan ini. Dalam proses inilah LPHS akan saring dan buat keputusan samada pembeli layak atau tidak untuk membeli rumah kos rendah tersebut.

Proses ini kebiasaannya dilakukan kemudian setelah pembeli tandatangani perjanjian jual beli (S&P). Andaikata permohonan LPHS tidak diluluskan, pembeli akan kerugian dari segi masa & kos wang ringgit yang perlu dibayar kepada peguam yang menyediakan S&P.

Jadi, adalah lebih baik sekiranya pembeli memastikan diri sendiri & pasangan layak untuk membeli rumah kos rendah di Selangor sebagai rumah pertama mengikut syarat-syarat yang dinyatakan tadi sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah kos rendah di Selangor.

Kalau ada sebarang keraguan, boleh bertanya terus pada ejen atau perunding hartanah yang menjual hartanah tersebut samada anda layak atau tidak untuk beli rumah kos rendah tersebut. Ejen dan perunding hartanah kebiasaannya akan saring terlebih dahulu kelayakan pembeli sebelum meneruskan dengan proses jual beli rumah kos rendah.

Anda ada sebarang pertanyaan? Boleh juga hubungi kami di sini atau whatsapp saja terus soalan anda ke http://www.wasap.my/601156488149/

*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan di ruangan komen. Kita berkongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan kita bersama.

Kongsikan post ini dengan rakan-rakan & keluarga anda. Mana tahu ia akan membantu rakan-rakan & keluarga yang lain juga =)

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: