Apa Maksud Master Title, Individual Title atau Strata Title?

Secara ringkas dan asasnya, di Malaysia, ada tiga jenis pemilikan hartanah:

  1. Hakmilik Induk (Master Title): Biasanya dipanggil hakmilik di bawah geran besar atau induk dan selalunya di bawah nama pemaju yang bina rumah tersebut. Maknanya, ada sebidang tanah yang diusahakan oleh pemaju untuk bina banyak rumah dan dijadikan taman perumahan. Secara hitam putihnya, sebidang tanah ini masih belum dipecahkan kepada lot-lot kecil untuk dibahagikan kepada hakmilik individu. Jadi, sebidang tanah yang belum dipecahkan ini masih di bawah satu nama pemilik iaitu pemaju tersebut. Maka ia masih dipanggil Hakmilik Induk (Master Title).
  2. Hakmilik Individu (Individual Title): Tanah yang sebidang tadi yang dah diusahakan oleh pemaju telah dipecahkan kepada lot-lot kecil. Dan setiap lot telah dibina sebuah rumah samada rumah banglo, semi-D ataupun rumah teres. Setiap lot ini telah diberikan pemilikan kepada individu yang kebiasaannya adalah pembeli rumah atau tanah lot tersebut. Jadi setiap lot itu akan ada Hakmilik Individu (Individual Title) masing-masing.
  3. Hakmilik Strata (Strata Title): Hakmilik strata ini kebiasaannya merujuk kepada dokumen hakmilik rumah jenis pangsapuri dan kondominium (Rumah kedai, rumah bandar @ townhouse dan unit komersial dua tingkat atau lebih juga termasuk dalam unit strata). Setiap unit pangsapuri atau kondominium ada dokumen hakmilik sendiri sama juga seperti tanah lot atau rumah teres, semi-D atau banglo. Cumanya ia dipanggil dengan nama Hakmilik Strata (Strata Title). Ia adalah pemilikan sebahagian daripada sebuah bangunan yang bertingkat.

Jadi sebagai pembeli atau pemilik rumah sedia ada, anda perlu jelas dengan dokumen hakmilik jenis yang mana perlu ada. Anda boleh periksa dalam dokumen hakmilik yang ada samada nama pemilik adalah nama pemaju atau nama anda sebagai individu @ pembeli. Kebiasaannya, ia tertulis di bawah Rekod Ketuanpunyaan di dalam dokumen hakmilik.


*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan di ruangan komen. Kita berkongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan kita bersama.

Kongsikan post ini dengan rakan-rakan & keluarga anda. Mana tahu ia akan membantu rakan-rakan & keluarga yang lain juga =)

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: