Apa Maksud Defects Liability Period (DLP)?

Setiap rumah yang baru dibina oleh pemaju, memang ada satu tempoh yang diberikan oleh pemaju untuk pembeli periksa keadaan rumah samada ada apa-apa kerosakan atau kualiti binaan rumah yang tak mengikut standard dan kualiti yang sepatutnya.

Tempoh Defects Liability Period ini selalunya bermula dari Vacant Possesion (VP) iaitu bila pembeli rumah terima kunci daripada pemaju sehinggalah satu tempoh masa, kebiasaannya setahun atau dua tahun.

SOALAN: Kat mana pembeli rumah boleh dapatkan maklumat tentang Defects Liability Period ini?

JAWAPAN: Dalam Sales & Purchase Agreement (SPA) yang ditandatangani masa beli rumah itu dahulu.

Akan ada satu bahagian dalam beberapa perenggan, maklumat tentang Defects Liability Period ini bermula bila dan selama mana (Contohnya: 18 bulan atau 24 bulan bermula daripada VP).

CONTOH: Pembeli membeli rumah & tandatangani SPA nya pada 2015 tetapi dapat kunci rumahnya pada Disember 2019. Jadi dalam situasi ini, Defects Liability Period nya bermula Disember 2019 sehingga Disember 2021 (24 Bulan bermula daripada VP).

Dalam tempoh 24 bulan ini, pemilik rumah perlu periksa keadaan rumah untuk pastikan jika ada apa-apa kerosakan atau binaan tidak mengikuti standard / kualiti, ia hendaklah dilaporkan kepada pemaju untuk dibaiki. Kos pembaikannya adalah dalam tanggungan pemaju.

Andaikata pemilik rumah tidak membuat sebarang pemeriksaan atau hanya melaporkan kerosakan selepas tempoh 24 bulan ini atas apa sebab sekalipun, pemaju tidak akan membaiki kerosakan tersebut. Jadi, sebaiknya, elakkan bertangguh untuk periksa keadaan rumah selepas VP. Buat segera! Yang untungnya anda kerana kerosakan dibaiki ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Kalau habis tempohnya, anda baiki sendiri & tanggung kosnya sendiri =)

SOALAN: Nak periksa kerosakan apa sebenarnya kat rumah yang baru saya beli ni?

JAWAPAN: Pembeli perlu periksa semua keadaan rumah. Contohnya, cat di dinding sekata warnanya atau tidak, tiles ada yang dipasang senget, pecah atau kosong saja dalamnya, plaster ceiling ada yang dibuat tidak kemas, pintu dipasang senget, suis-suis yang tidak dipasang kemas, longgar atau senget, lantai tidak rata, paip air atau tandas ada yang bocor, bumbung bocor atau genting tidak kemas, pagar rumah senget, dan macam-macam lagi.

Banyak sebenarnya yang perlu diperiksa satu persatu dengan teliti. Kita dah beli rumah dengan satu jumlah wang yang banyak kita laburkan, sebaiknya periksa betul-betul.

SOALAN: Bolehkah saya upah orang untuk periksa defects rumah saya?

JAWAPAN: Boleh. Ada yang memang pakar & bidang tugasnya untuk memeriksa defects rumah yang baru dibeli daripada pemaju. Mereka ini akan periksa dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar sudut rumah yang kita itu.

Kebiasaannya, masa yang diambil adalah antara 3 ke 4 jam untuk periksa keseluruhan rumah bergantung kepada keluasan rumah. Setiap kepingan tiles akan diketuk untuk pastikan di dalamnya tidak kosong, pintu & engsel akan diperiksa, cat dinding, plaster di siling, paip-paip air, semuanya akan diperiksa dengan teliti. Mana-mana bahagian yang perlu di cat semula atau dibaiki, biasanya akan ditanda dengan tape atau sticker terang berwarna oren / kuning untuk diambil maklum oleh pemaju.

SOALAN: Berapa kos untuk upah orang periksa defects rumah ni?

JAWAPAN: Kosnya bergantung pada jenis rumah (Teres setingkat / dua tingkat / apartment), bilangan bilik / bilik air, dan built-up area (Kaki persegi / meter persegi). Untuk kos yang lebih tepat, selalunya boleh request quotation terlebih dahulu.

Kebiasaannya untuk rumah setingkat atau apartment saiz dalam / kurang 1,000 kaki persegi, kosnya dalam range RM300 ke RM400. Tetapi ini hanya anggaran sahaja. Kos nya memang bergantung sepenuhnya pada jenis/luas rumah seperti yang dinyatakan tadi.

Selepas defects checks dibuat, nanti satu laporan terperinci akan dikeluarkan samada ada apa-apa kerosakan yang perlu dibaiki. Buku laporan inilah yang perlu pemilik rumah bagi kepada pemaju untuk pemaju rujuk kat mana yang perlu dibaiki.

SOALAN: Kalau pemilik ingin menjual rumahnya dan masih belum buat lagi defects check (Masih dalam Defects Liability Period), boleh tak pembeli yang baru nanti (Dikira sebagai tuan rumah kedua) buat defects check dan hantar laporannya pada pemaju untuk baik kerosakan yang ada?

JAWAPAN: Tidak boleh. Hanya pemilik pertama yang membeli terus daripada pemaju yang boleh hantar laporan defects check kepada pemaju untuk diambil tindakan oleh pemaju.

Boleh saja kalau pemilik kedua dan seterusnya nak buat defects check, tapi bila dihantar ke pemaju, pemaju tak akan ambil apa-apa tindakan kerana ia adalah bukan dari pemilik yang pertama. Jadi pentingnya anda sebagai pemilik pertama membuat defects check ini untuk kepentingan anda sebagai pemilik rumah. Pemaju baiki secara percuma, rugi kalau tak ambil peluang ini.

Dan penting juga kepada pembeli rumah subsale, untuk bertanya juga kepada pemilik pertama samada defects check dah dibuat & dibaiki apa-apa kerosakan jika ada (Jika rumahnya masih baru & masih di dalam Defects Liability Period. Tanya terus pada tuan rumah atau ejen yang anda berurusan). Sayang sekali kalau beli rumah yang baru daripada pemilik pertama tetapi defects check tak dibuat. Nanti anda pula yang kena repair sendiri.

*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan. Kita kongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan semua.

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: