Real Property Gains Tax (Exemption) Order 2020 atau Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2020.
Secara ringkasnya, ia adalah pengecualian pembayaran cukai ke atas keuntungan apabila pemilik melupuskan harta kediaman, contohnya, dengan menjual rumahnya.
Ada syarat-syarat yang kena ikut antaranya, pengecualian ini hanya untuk 3 buah rumah sahaja & perjanjian jual beli (S&P) hendaklah disempurnakan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.
Sebelum ni, pengecualian pembayaran CKHT ni hanya sekali seumur hidup untuk sebuah rumah sahaja. Sekarang dah boleh dapat pengecualian CKHT untuk tiga buah rumah.
Jadi, kalau tengok pada perspektif pengecualian CKHT ni, boleh kata ini masa yang sesuai untuk tuan rumah jual rumahnya dan akan dapat jimat sedikit sebanyak kos dalam proses jualan rumahnya.
Link asal dokumennya boleh didapati di sini.
*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan. Kita kongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan semua.