Apa beza antara ‘Land Area’ dan ‘Built-up Area’ ?

*Kemaskini Mei 2021*

Secara asasnya, rumah teres, semi-D, banglo, atau rumah-rumah landed ada dua maklumat saiz yang perlu kita ambil tahu bila nak beli rumah jenis ini.

  • Land Area. Secara ringkasnya, land area atau luas tanah adalah luas kawasan lot tanah rumah tersebut. Contohnya, 20 kaki lebar x 70 kaki panjang. Jadi, jumlah luas tanahnya adalah 1,400 kaki persegi (20 x 70 = 1,400).
    20 kaki lebar ini juga selalunya ditulis dalam bentuk ini: 20′
    70 kaki panjang pula dalam bentuk ini: 70′
    • Jadi, dalam iklan-iklan rumah untuk dijual biasanya akan tertulis Land Area: 20′ x 70′.
    • Tips untuk agak saiz lebar rumah secara mata kasar: Kalau boleh parking dua biji kereta saiz biasa (Myvi / Bezza / Saga / Vios) dalam car porch rumah & boleh buka pintu dengan selesa, secara kasarnya lebarnya mungkin 20 kaki atau 22 kaki lebar atau lebih besar.
    • Kalau boleh parking dua kereta saiz biasa (Myvi / Bezza / Saga / Vios) tetapi agak sempit, mungkin saiz tanahnya dalam 18 kaki lebar. Tetapi kalau boleh parking dalam satu setengah kereta atau satu kereta & satu motorsikal sahaja bersebelahan, kemungkinan besar lebar tanahnya dalam 16 kaki lebar sahaja. Ini tips secara kasar sahaja kalau-kalau anda pusing-pusing taman perumahan untuk survey rumah nak dibeli =)
    • *Kereta besar-besar macam Vellfire, BMW, Honda Accord, Proton Perdana dan sebagainya mempunyai saiz yang lebih lebar. Jadi kalau boleh parking dua biji kereta ini bersebelahan dengan selesa, maknanya saiz tanahnya pasti lebih lebar daripada 20 atau 22 kaki.
  • Built-up area. Secara ringkasnya, ia adalah jumlah kawasan dalaman rumah yang boleh digunakan (Kawasan ruang tamu, ruang makan, bilik-bilik tidur, bilik air, dapur dan sebagainya).

    Untuk rumah jenis landed, Built-up area ini dikira jumlah dia untuk semua tingkat. Kalau rumah dua tingkat, kita perlu jumlahkan keseluruhan ruang yang ada di dalam rumah untuk tingkat bawah & atas. Kalau ada lima tingkat, kita perlu jumlahkan kesemua lima-lima tingkat.

    Contohnya, untuk sebuah rumah dua tingkat, ruang keseluruhan dalaman rumah di dalam tingkat bawah adalah 800 kaki persegi. Untuk tingkat dua juga jumlah keseluruhan dalamannya 800 kaki persegi. Jadi, bila dijumlahkan, Built-up Area nya adalah 1,600 kaki persegi.

Dalam contoh awal tadi, land area nya adalah 1,400 kaki persegi & built-up area nya adalah 1,600 kaki persegi. Kebiasaannya ditulis seperti berikut:

Land Area: 1,400 sq. ft

Built-up Area: 1,600 sq. ft.

Jadi jangan rasa pelik kalau ada iklan-iklan rumah yang tertulis built-up area nya lebih luas daripada land area nya. Boleh jadi rumahnya ada dua, tiga atau empat tingkat.

Kalau rumah teres satu tingkat sahaja, built-up area nya memang akan lebih kecil daripada land area nya. Sebabnya, saiz ruang dalaman rumah adalah lebih kecil daripada saiz keseluruhan lot tanah.

Land area ini hanya terpakai untuk rumah landed sahaja. Untuk rumah strata seperti kondominium atau apartment, memang kita akan rujuk pada built-up area sahaja sebab tiada tanah & kawasan luar rumah.

Kondominium & apartment pula kebiasaannya hanya ada satu tingkat. Kecuali rumah kondominium duplex yang bermaksud ia adalah kondominium dua tingkat. Ada tangga di dalam unit kondominium itu untuk naik ke tingkat atas yang biasanya ada bilik tidur sama seperti rumah teres.

Ini secara ringkas maklumat perbezaan antara Land Area & Built-up Area =)

*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan. Kita kongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan semua.

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: