SITUASI:
Unit-unit rumah kategori strata (Kondominium, apartment, pangsapuri atau pun landed strata) memang ada maintenance fee. Apa beza antara Maintenance Fee & Sinking Fund ni? Macam mana kiraan dua-dua ni?
JAWAPAN:
Secara asasnya, maintenance fee dikira berdasarkan berapa saiz unit kita. Selalunya dikira berdasarkan kaki persegi. Lagi besar keluasan unit rumah kita, lagi tinggi maintenance fee kita.
Contohnya:
Maintenance fee dikira pada 20 sen (RM0.20) untuk satu kaki persegi. Jika unit kita keseluruhan built-up areanya 1,000 kaki persegi, kiraannya adalah RM0.20 x 1,000 kaki persegi = RM200 sebulan.
Maintenance fee kebiasaannya merangkumi perkara berikut (Sekiranya ada):
– Gaji security guard.
– Kos penjagaan landscape.
– Kos penjagaan clubshouse.
– Kos penjagaan CCTV.
– Gaji cleaner.
– Dan lain-lain.
Sinking fund pula selalu digunakan untuk kos luar jangka seperti:
– Cat bangunan.
– Refurbish bangunan.
– Repair paip bocor di common area.
– Dan lain-lain.
Sinking fund kebiasaannya dikira dalam 10% daripada maintenance fee sebulan. Jika maintenance fee kita RM200 sebulan, jadinya sinking fund kita adalah RM20 sebulan. Jumlah bayaran bulanan kepada JMB atau MC yang perlu dibayar tiap-tiap bulan adalah RM220.
Kebiasaannya, masa kita nak beli rumah baik dengan pemaju atau dengan pemilik, kita boleh tanya siap-siap berapa kos bulanan maintenance fee & sinking fund ni. Jadi kita boleh kira sekali dalam bayaran bulanan termasuk bayaran pinjaman perumahan bulanan yang perlu dibuat.
Ini secara ringkas maklumat perbezaan antara Maintenance Fee & Sinking Fund =)
*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan. Kita kongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan semua.