Apa Beza Cukai Tanah dan Cukai Pintu (Cukai Taksiran)?

*Dikemaskini pada 22 Dec 2021*

Setelah selesai proses membeli rumah & setelah mendapat kunci rumah anda yang baru dibeli, ada dua jenis cukai yang perlu anda ambil tahu. Cukai-cukai ini perlu dibayar setiap tahun oleh semua pemilik hartanah.

Perbezaan ringkas cukai tanah & cukai pintu (cukai taksiran):

Cukai Tanah

Cukai ini dikenakan ke atas pemilik hartanah, ia perlu dibayar setiap tahun sebelum 31 Mei. Untuk pemilik rumah teres, semi-D atau lot seperti banglo, cukai tanah akan dibayar terus oleh pemilik kediaman kepada Pejabat Tanah.

Untuk rumah yang mempunyai pegangan strata bertingkat seperti apartment atau kondominium, selalunya cukai tanah ini dibayar oleh pemilik kediaman kepada badan pengurusan bersama (JMB). JMB kemudiannya akan membuat bayaran penuh kepada Pejabat Tanah bagi pihak pemilik kediaman.

Cukai tanah boleh dibayar bermula 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. 

Pembayaran untuk cukai tanah ini boleh dilakukan menggunakan kiriman wang atau wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Cara lain adalah dengan melakukan pembayaran di mana-mana Pejabat Daerah / Tanah & Pejabat Tanah Galian (PTG) Selangor dan ia boleh dilakukan dengan cara tunai atau melalui kad kredit / kad debit.

Bayaran secara tunai sahaja boleh dilakukan di mana-mana kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh negeri Selangor dan juga di kaunter Pejabat Pos di seluruh negeri Selangor & Wilayah Persekutuan.

Cara yang paling mudah pula adalah dengan membuat pembayaran secara online di https://ehasil.selangor.gov.my dan pembayaran boleh dilakukan menggunakan FPX atau menggunakan kad kredit / kad debit.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik kediaman untuk membuat bayaran cukai tanah tanpa menunggu bil makluman cukai tanah. Jika anda tidak dapat membuat semakan dengan mengakses portal online PTG Selangor contohnya,  anda boleh ke kaunter PTG Selangor untuk membuat semakan bil & boleh terus membuat bayaran.

Tak Terima Bil Cukai Tanah?

Elakkan bertangguh sebabnya bil cukai ni kebiasaannya memang ada dihantar oleh Pejabat Tanah kepada pemilik hartanah, tetapi kadang-kadang bil ini tak sampai kepada pemilik atas pelbagai sebab. Jadi pemilik juga kadang kala boleh terlupa untuk buat semakan & bayaran.

Sebagai maklumat tambahan, bermula bulan Jun 2018, Cukai Petak (Parcel Rent) telah diperkenalkan bagi menggantikan cukai tanah ke atas pemilik hartanah strata di Selangor yang telah dikeluarkan hakmilik strata nya. Bagi hartanah yang masih belum dikeluarkan hakmillik strata (Master Title), cukai tanah akan terus dikutip oleh JMB.

Cukai Petak ini menggantikan cukai tanah sedia ada untuk memudahkan proses penjualan dan pindah milik hartanah strata kerana mengikut sistem lama (Pembayaran cukai tanah kepada JMB), penjualan & pindah milik hartanah strata akan bermasalah kerana rekod Pejabat Tanah akan menunjukkan bahawa ada pemilik petak lain (unit hartanah strata) di situ yang tidak membayar cukai tanah mereka.

Dengan ini, setiap pemilik petak (unit hartanah) bertanggungjawab terhadap cukai tanah petak (unit) masing-masing dan kelak hanya pemilik unit masing-masing yang akan menghadapi masalah jika tidak melangsaikan hutang cukai tanah @ cukai petak masing-masing.

Cukai Pintu (Cukai Taksiran)

Cukai ini dikenakan ke atas pemilik kediaman oleh Majlis Perbandaran and kadar cukainya bergantung kepada jenis kediaman atau hartanah yang dimiliki.

Hasil cukai ini yang diperolehi oleh Majlis Perbandaran akan digunakan untuk membaik pulih dan membina kemudahan-kemudahan awam di tempat tersebut seperti kerja-kerja penurapan jalan raya, baik pulih saluran longkang, lampu-lampu jalan dan sebagainya.

Makluman tentang berapa cukai yang perlu dibayar & bila tarikh akhir bayaran selalunya akan dihantar melalui surat terus kepada pemilik kediaman. Cukai tanah & cukai pintu ini tidaklah mahal mana & menjadi tanggungjawab setiap pemilik kediaman / hartanah untuk melangsaikannya.

Bayaran juga sekarang dah boleh dibuat secara online maka dah jadi mudah untuk kita selesaikan cukai tanah & cukai taksiran ini.

Bil cukai taksiran ini dibayar 2 kali setahun iaitu pada 1 Januari hingga 28 Februari dan 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

Bil cukai pintu @ cukai taksiran juga dihantar oleh Majlis Perbandaran kepada setiap pemilik hartanah. Pastikan anda semak surat-surat yang diterima setiap hari dan jangan lupa juga untuk semak surat-surat anda di unit-unit kediaman atau hartanah komersial anda yang disewakan kepada pihak lain untuk memastikan anda tidak terlepas pandang cukai taksiran yang perlu dibayar setiap tahun.

*MAKLUMAT LANJUT AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA. SEBARANG PEMBETULAN & PERKONGSIAN TAMBAHAN MAKLUMAT UNTUK TOPIK INI AMAT DIALU-ALUKAN DI RUANGAN KOMEN. KITA KONGSI ATAS DASAR UNTUK MENAMBAHKAN PENGETAHUAN SEMUA.

Like dan Share post ini dengan rakan-rakan & keluarga anda. Mana tahu ia akan membantu rakan-rakan & keluarga yang lain juga =)

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: