Ada pemilik rumah & pembeli rumah yang bertanya, kalau urusan jual beli rumah boleh buat sendiri, kenapa perlu guna ejen hartanah berdaftar atau perunding hartanah berdaftar?
Berurusan dengan ejen hartanah berdaftar secara asasnya adalah lebih baik dan lebih selamat. Ini kerana:
- Ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) adalah secara langsung mempunyai lebih akauntabiliti kerana LPPEH ini dikawal selia oleh kementerian kewangan. Jadi, segala gerak kerja ejen hartanah berdaftar ini tertakluk kepada peraturan dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Cara mudah nak periksa samada satu-satu ejen atau agensi itu berdaftar atau tidak adalah dengan menyemak nama ejen / nombor ejen hartanah / nama agensi tersebut di laman web LPPEH di http://search.lppeh.gov.my .
- Contoh semakan ini seperti berikut. Nombor pendaftaran Perunding Hartanah admin adalah REN21735. Ini adalah hasil semakan di laman web LPPEH & siap dengan maklumat agensi, nama ejen & samada pendaftaran ejen masih aktif dengan LPPEH atau sudah expired. Ejen berdaftar perlu menghadiri sesi latihan untuk memperbaharui pendaftaran setiap tahun dan latihan-latihan ini adalah untuk memastikan ejen-ejen berdaftar sentiasa up-to-date dengan maklumat semasa dan terbaru industri hartanah.
- Seterusnya, khidmat ejen hartanah berdaftar dapat menjimatkan masa pemilik rumah dan pembeli. Ejen hartanah berdaftar sudah mengenal pasti banker dan peguam mana yang baik dan mudah untuk berurusan. Ini akan memudahkan urusan kedua-dua belah pihak pembeli dan pemilik rumah. Pembeli juga tak perlu risau untuk mencari banker dan peguam sendiri kerana ia akan disediakan terus oleh ejen hartanah.
- Ejen hartanah berdaftar mempunyai networking atau jaringan yang luas dengan rakan-rakan satu agensi dan juga agensi hartanah yang lain. Ini dapat membantu pembeli mendapatkan rumah idaman dan juga untuk pemilik rumah mendapatkan pembeli yang bersesuaian.
- Ejen hartanah berdaftar sedikit sebanyak sudah dilatih dan faham dengan selok-belok perundangan dan perbankan. Ini akan membantu untuk melancarkan proses jual beli untuk kedua pihak pemilik rumah dan juga pembeli.
- Ejen hartanah berdaftar sudah semestinya akan bernaung di bawah satu agensi yang berdaftar dan akan berperanan sebagai pemegang amanah bagi pihak pembeli dan pemilik. Ejen berdaftar akan menjalankan tugas dengan amanah, menguruskan deposit & dokumen-dokumen pembeli & pemilik dengan amanah dan mengikut cara yang betul.
- Ejen hartanah berdaftar akan memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada pembeli dan pemilik untuk melancarkan urusan jual beli. Ejen berdaftar juga akan membantu dalam urusan rundingan untuk mendapatkan kata putus yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Kesimpulannya, ejen hartanah berdaftar adalah ejen yang akan menguruskan proses jual beli dengan bertanggungjawab dan mengikut peraturan serta panduan yang telah ditetapkan oleh LPPEH. Ini akan memastikan hak pembeli dan pemilik terjaga dan seterusnya melancarkan proses jual beli yang terlibat.
Anda ada sebarang persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran? Letakkan dalam ruangan komen atau hubungi terus admin & insyaAllah kita bantu mana yang termampu.