Apa Beza Cukai Tanah dan Cukai Pintu (Cukai Taksiran)?

Setelah selesai proses membeli rumah & setelah mendapat kunci rumah anda yang baru, ada dua jenis cukai yang perlu anda ambil tahu. Cukai-cukai ini perlu dibayar setiap tahun oleh semua pemilik kediaman.

Perbezaan ringkas cukai tanah & cukai pintu (cukai taksiran):

Cukai Tanah

Cukai ini dikenakan ke atas pemilik rumah berstatus freehold atau pun leasehold dan ia perlu dibayar setiap tahun sebelum 31 Mei. Untuk pemilik rumah teres, semi-D atau lot seperti banglo, cukai ini akan dibayar terus oleh pemilik kediaman kepada Pejabat Tanah.

Untuk rumah yang mempunyai pegangan strata seperti apartment atau kondominium, selalunya cukai tanah ini dibayar oleh pemilik kediaman kepada badan pengurusan bersama (JMB). JMB kemudiannya akan membuat bayaran penuh kepada Pejabat Tanah bagi pihak pemilik kediaman.

Pembayaran untuk cukai tanah ini boleh dilakukan menggunakan kiriman wang atau wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Cara lain adalah dengan melakukan pembayaran di mana-mana Pejabat Daerah / Tanah & Pejabat Tanah Galian Selangor dan ia boleh dilakukan dengan cara tunai atau melalui kad kredit / kad debit.

Bayaran secara tunai sahaja boleh dilakukan di mana-mana kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh negeri Selangor dan juga di kaunter Pejabat Pos di seluruh negeri Selangor & Wilayah Persekutuan.

Cara yang paling mudah pula adalah dengan membuat pembayaran secara online di https://ehasil.selangor.gov.my dan pembayaran boleh dilakukan menggunakan FPX atau menggunakan kad kredit / kad debit.

Cukai Pintu (Cukai Taksiran)

Cukai ini dikenakan ke atas pemilik kediaman oleh Majlis Perbandaran and kadar cukainya bergantung kepada jenis kediaman atau hartanah yang dimiliki.

Hasil cukai ini yang diperolehi oleh Majlis Perbandaran akan digunakan untuk membaik pulih dan membina kemudahan-kemudahan awam di tempat tersebut seperti kerja-kerja penurapan jalan raya, baik pulih saluran longkang, lampu-lampu jalan dan sebagainya.

Makluman tentang berapa cukai yang perlu dibayar & bila tarikh akhir bayaran selalunya akan dihantar melalui surat terus kepada pemilik kediaman. Cukai tanah & cukai pintu ini tidaklah mahal mana & menjadi tanggungjawab pemilik kediaman / hartanah untuk melangsaikannya.

Bayaran juga sekarang dah boleh dibuat secara online maka dah jadi mudah untuk kita selesaikan cukai tanah & cukai taksiran ini.

*MAKLUMAT LANJUT AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA. SEBARANG PEMBETULAN & PERKONGSIAN TAMBAHAN MAKLUMAT UNTUK TOPIK INI AMAT DIALU-ALUKAN. KITA KONGSI ATAS DASAR UNTUK MENAMBAHKAN PENGETAHUAN SEMUA.

Kongsikan post ini dengan rakan-rakan & keluarga anda. Mana tahu ia akan membantu rakan-rakan & keluarga yang lain juga =)

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: