Dokumen Yang Perlu Ada Untuk Beli Rumah

Ramai pembeli yang nak beli rumah tapi tak berapa pasti dokumen apa yang perlu disediakan.

Ada dua kategori pembeli rumah iaitu yang bergaji (Makan gaji bulan-bulan) dan yang bekerja sendiri samada berniaga atau ada syarikat sendiri.

Kita tengok yang senarai dokumen untuk yang makan gaji:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan yang terkini (Kalau 6 bulan pun boleh).
  3. Salinan penyata bank 3 bulan terkini (Bank yang masuk gaji setiap bulan).
  4. Salinan terkini penyata terperinci KWSP / EPF akaun 1 & 2.
  5. Salinan EA Form (Penyata BE / LHDN. Ada bank minta salinan dua tahun terkini).
  6. Salinan Penyata simpanan ASB / Tabung Haji / Unit Amanah / Yang lain-lain jika ada.

 

Yang berikut pula senarai dokumen untuk yang bekerja sendiri:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan SSM Form 24/49.
  3. Salinan penyata bank 6 bulan yang terkini.
  4. Salinan Borang B (LHDN).
  5. Salinan Penyata simpanan ASB / Tabung Haji / Unit Amanah / Yang lain-lain jika ada.
  6. Salinan Payment voucher (Bagi yang bekerja berdasarkan komisen seperti ejen hartanah & ejen takaful).

 

Semua ini adalah dokumen biasa yang bank minta. Kadang kala ada juga bank minta dokumen tambahan bergantung kepada kes & profile pembeli. Cuma tak perlu risau, apa-apa yang tak berapa nak pasti, pegawai bank atau perunding hartanah (REN) boleh bantu.

Yang paling penting, bila pegawai bank atau REN telefon / Whatsapp, pembeli perlu respon dengan kadar yang segera. Sebabnya urusan jual beli ni ada tempoh tertentu yang kena ikut. Kalau terlepas tempohnya, ada kemungkinan pemilik rumah boleh batalkan proses jual beli, deposit untuk forfeit (hangus), pembeli kena penalti & sebagainya. Tapi, kalau ikut semua langkah satu persatu, InsyaAllah perjalanan jual beli tu lancar.

Ada sebarang persoalan yang berbuku di hati? Boleh utarakan persoalan di sini atau hubungi terus admin. Kita bantu mana yang termampu insyaAllah.

 

*MAKLUMAT LANJUT AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA. SEBARANG PEMBETULAN & PERKONGSIAN TAMBAHAN MAKLUMAT UNTUK TOPIK INI AMAT DIALU-ALUKAN. KITA KONGSI ATAS DASAR UNTUK MENAMBAHKAN PENGETAHUAN SEMUA.

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: