Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Sebelum Beli Rumah

 

  1. Sebagai pembeli, WAJIB semak kelayakan untuk buat pinjaman atau pembiayaan perumahan. Jimat masa pembeli kalau dah tahu kelayakan untuk beli rumah harganya berapa. Boleh fokus cari rumah ikut kelayakan. [Rujuk post ini untuk cara kira kelayakan anda]
  2. Semak kos-kos yang terlibat dalam proses membeli rumah (Contohnya: kos khidmat peguam, stamp duty, valuation, insuran/takaful & lain-lain).
  3. Tetapkan matlamat untuk beli rumah. Beli untuk duduk sendiri atau untuk buat sewa? Jangan sesekali buat keputusan beli rumah sebab kawan-kawan dah beli rumah. Lain orang lain matlamatnya & paling penting, jangan rushing untuk buat keputusan beli rumah. Ia satu komitmen yang besar & melibatkan disiplin pengurusan kewangan.
  4. Tetapkan jenis rumah yang nak dibeli. Yang ini kena ikut kemampuan & kelayakan yang dah dikira. Sama ada nak beli pangsapuri, kondominium, townhouse, teres dan sebagainya.
  5. Tetapkan kawasan yang nak dibeli ikut keadaan semasa diri sendiri atau perancangan masa hadapan keluarga. Yang ini banyak berkait rapat dengan keluarga, tempat kerja & faktor lain seperti sekolah anak kat mana & tempat menetap ibu bapa. Bila dah ada idea, bolehlah fokus cari rumah kat kawasan yang spesifik & ikut harga yang sesuai ikut kelayakan. Kita sebagai pembeli kena beli rumah ikut matlamat & perancangan keluarga kita kerana hanya kita lebih faham keperluan & hala tuju keluarga kita sendiri.
  6. Bagaimanapun, tak salah untuk dapatkan nasihat daripada orang yang bersesuaian. Tanyalah pendapat mak ayah, saudara mara atau kenalan yang dah pernah beli rumah. Mereka ada pengalaman beli rumah & boleh bagi idea yang membantu. Kalau nak rujuk / bertanya pada ejen-ejen hartanah, peguam-peguam hartanah & banker pun boleh juga untuk proses-proses yang terlibat.
  7. Bila dah faham & dah buat keputusan untuk membeli rumah, pastikan semua urusan ada hitam putih. Pastikan setiap perkara penting seperti bayaran deposit atau booking ada direkodkan dan kalau berurusan dengan ejen atau agensi, pembeli boleh dapatkan resit pembayaran daripada agensi terlibat. Baca & cuba fahamkan setiap terma bila berurusan dengan bank & agensi hartanah untuk elakkan kekeliruan di kemudian hari.

Ada apa-apa nak tanya tentang proses jual beli rumah? Atau ada yang nak admin tolong kirakan kelayakan berapa harga rumah yang boleh dibeli? Atau pun nak admin tolong carikan rumah yang sesuai kat satu-satu kawasan?

Boleh contact admin di +6011 5648 8149. Nak Whatsapp pun boleh 👌🏼Jangan malu jangan segan. Semua ni satu proses pembelajaran. Admin cuba bantu mana yang boleh 💪🏼

*Maklumat lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Sebarang pembetulan & perkongsian tambahan maklumat untuk topik ini amat dialu-alukan. Kita kongsi atas dasar untuk menambahkan pengetahuan semua.

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: