Bagaimana Cara Kita Kira Kelayakan Untuk Membeli Rumah? 🏘
Dengan gaji saya sekarang, berapa harga rumah yang boleh saya beli? Berapa pembiayaan bank yang boleh saya dapat dengan gaji sekarang?
Soalan-soalan ini selalunya soalan-soalan pertama yang terlintas dalam kepala kita apabila kita mula membuat keputusan untuk membeli rumah. Baik untuk kita tinggal sendiri ataupun untuk kita jadikan rumah sewa sebagai satu pilihan pelaburan untuk masa hadapan.
Jom sediakan kertas, pen & kalkulator! Kira cepat!
# 1
Gaji Kasar tolak dahulu dengan SOCSO, KWSP & CUKAI
Anda akan peroleh gaji bersih.
# 2
Gaji Bersih darab dengan % mengikut tangga gaji*
(Lihat tangga gaji point #4)
#4 (Jadual tangga gaji)
Gaji kurang RM3000 = 60%
Gaji RM3000 – RM7000 = 75%
Gaji lebih RM7000 = 85%
*kiraan peratusan tangga gaji ini tertakluk kepada bank, setiap bank mungkin berbeza
#5
[Gaji selepas darab dengan %] tolak [jumlah komitmen sedia ada]
Anda akan dapat satu anggaran jumlah baki yang dibenarkan untuk installment rumah
#6
Baki ini darab dengan 200 = Anggaran harga rumah yang anda layak
.
.
.
Contoh kiraan:
.
RM3500 (Gaji bersih tolak SOCSO & KWSP)
RM3500 x 75% (Ikut peratusan tangga gaji) = RM2625
RM2625 – RM1000 (Komitmen sedia ada. Contoh: PTPTN, kereta) = RM1625
.
RM1625 ini bersamaan dengan jumlah baki dibenarkan untuk installment rumah anda
.
RM1625 x 200 = RM325,000 (Anggaran harga rumah yang anda layak)
.
.
.
Begitulah cara mengira anggaran harga rumah yang layak kita beli.
.
.
Like & share post ini jika bermanfaat 😊
.
=================
.
Sumber asal artikel : Muslih.my
Ada yang masih kurang pasti atau keliru dengan cara kira kelayakan ini? Whatsapp saja admin di +6011 5648 8149 & bagi admin bantu kirakan. Kita bantu mana yang mampu 💪🏼
One thought on “Cara Kira Kelayakan Untuk Beli Rumah”